Friday, November 6, 2009

KUASA CINTA

Faktor kuasa merupakan satu parameter yang menentukan kekuatan suatu parameter lain. Walaupun terdapat perkara-perkara lain, namun parameter yang memberi kesan atau impak yang besar ke atas sesuatu dikenali sebagai faktor kuasa.

Apakah cinta?

Cinta sebuah kuasa yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa yang dijadikan oleh Allah di dalam dunia ini. Cinta mampu menjadikan sesuatu diluar jangkaan kita. Cinta mampu menjadikan manusia gila. Cinta mampu menjadikan manusia berubah sikap dengan kadar yang drastik.

Cinta sebuah kuasa yang tidak mampu dimusnahkan apatah lagi ditukar kepada kuasa yang lain. Tidak seperti kuasa elektrik yang boleh bertukar kepada kuasa haba atau kuasa mekanikal.

Manusia pertama mati dimuka bumi adalah kerana cinta yang tak kesampaian. Cinta boleh meruntuhkan hubungan kekeluargaan. Kerana cinta, anak sanggup mengenepikan ibu bapa. Kerana cinta manusia sentiasa hidup tidak keruan.

Cinta menjadikan manusia tidak berada di dunia nyata. Sentiasa berada di dunianya sendiri bersama pasangannya. Kerana itu wujudnya kata-kata makan tak kenyang, mandi tak basah. Semuanya berlaku tanpa sedar.

Cinta cukup mengasyikkan. Bagi manusia, apabila sudah cinta, tiada perkara lain yang dapat menghalang. Cinta merupakan kuasa yang tidak mampu dihalang. Tidak mampu diberhentikan.

Aduh! Cukup indahnya cinta. Cinta tidak perlu memberikan sebab-sebab. Cinta adalah perasaan. Tidak mampu dipegang, diperkatakan, digambarkan. Cinta datang dari dalam jiwa.

***
Apakah faktor kuasa cinta?

Tanpa faktor kuasa cinta, cinta akan layu. Tanpa faktor kuasa ini cinta tidak akan kesampaian. Tanpa faktor kuasa, cinta akan terhalang.

Manusia akan gila jika tiada faktor kuasa cinta. Manusia akan tertekan jika tidak ada wujudnya faktor kuasa ini.

Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang menentukan turun naiknya kuasa cinta. Bacalah betapa hebatnya komunikasi yang dikatakan faktor kuasa cinta di sini.

Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta.

***
Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Apabila manusia memahaminya, maka sudah pasti manusia akan lebih mudah untuk bercinta dengan Pemiliknya iaitu Allah.

Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta. Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah.

Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.

Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah.

Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan. Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.

1 comment:

  1. salam........sungguh hebat cinta....cinta akan datang bila kita memberi pada tempat yang selayakNya...emmm...cinta kepada Yang Esa..cinta kedua ibubapa..cinta kepada saudara semuslim................dan cinta kepada zimmi juga perlu disemai..agar suatu hari mereka beroleh hidayah..=)

    ReplyDelete

BUAL BICARA BERSAMA AKIL

ShoutMix chat widget