Friday, October 15, 2010

Filem Dokumentari, Israel Musnah Tahun 2048 Dilarang.


HALAMAN HIBURAN

ISRAEL JUMAAT JUL 30 10: Televisyen Israel berbahasa Ibrani enggan menyiarkan filem dokumentari Zionis “Out Of The Forest”, yang diterbitkan baru-baru ini. Ia menggambarkan potret umum sebuah masa depan tanpa entiti Zionis, pada tahun 2048, iaitu setelah seratus tahun pendirian entiti Zionis dan Nakba Palestin.

Pejabat berita “Asy Syarq al Awsath” mengatakan, “Produser dan pengarah filem tersebut, Yaron Kvetori terus mengeluarkan kecaman keras terhadap masalah dalaman pihak Zionis dengan membandingkan dua keadaan dulu dan kini” . Dalam akhbar “The Jerusalem Post”, Kvetori mengatakan, “Aku merasa kita berjalan pada arah yang salah dan menuju kehancuran negara. Ini berlaku bukan kerana ancaman dari luar, tetapi dari dalam.”

Kvetori menyampaikan pendapatnya terhadap entiti Zionis yang telah terpecah dan mewujudkan kelompok-kelompok yang saling berselisih, mereka tidak memperdulikan hal orang lain. Melalui filem dokumenterinya, beliau memberikan gambaran fiksyen tentang masa depan yang suram dan keruntuhan masyarakat Zionis pada 38 tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment

BUAL BICARA BERSAMA AKIL

ShoutMix chat widget